Pengumuman |
Harap maklum, gamabr bagi arca ini saya belum tangkapkan lagi. Saya akan memasukan dalam web ini dengan secepat yang mungkin.
Terima Kasih |
|
|
Objektif |
Untuk memudahkan orang ramai melihat rekabentuk sesuatu kasut dengan membuat modelnya. |
|
|
Hasil akhir (Masalah yang dihadapi) |
1. Susah untuk melekatkan tisu
2. Terlampau besar
3. Susah untuk membentuk dengan betul
Ini adalah masalah yang kami hadapi semasa mebuat arca tersebut. |
|
|
Sumber idea |
Sumber idea ini dipetik dari rancangan Art Attack di Disney Channel (Channel 61 di Astro) |
|
|
Tajuk |
Kami memilih tajuk arca ini ialah kasut. |
|
|
Tema |
Kami memilih tema bentuk organik kerana ianya menggunakan lebih dari dua gabungan. |
|
|
Sejarah arca di Malaysia |
1. Arca mula berkembang di Malaysia dengan memperkenalkan arca estetika moden pada sekitar tahun1960 an.
2. Pengarca tempatan yang merintis jalan dalam memperkenalkan seni arca ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jaml dan lain-lain.
3. Generasi muda yang turut melibatkan diri dalam penghasilan karya arca ialah Mat Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Wong Pei Yu dan lain-lain.
4. Sebuah Laman Asean diwujudkan untuk mengumpulkan karya arca sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan ASEAN yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur. |
|
|
Idea asal |
Idea asal untuk membuat arca ini adalah dipetik dari cerita kartun tapi nama cerita kartun itu saya tak berapa ingat sebab ini idea asal kawan-kawan saya. Saya hanyalah membuat bentuk dan melakukan kerja yang menggunakan komputer sahaja. Di bawah ini adalah contoh gambar arca:


Gambar ini saya ambil di internet. Para pleajar boleh melihat gambar ini sendiri di internet. Klik link dibawah ini untuk pergi ke laman web arca
Google Image Result (Klik disini)
dan
Saint Cerbone's Cathedral
Para pelajar boleh memberi comment tentang gambar-gambar arca. |
|
|
Pengenalan kepada arca |
1. Arca ialah satu seni halus yang dihasilkan melalui pembinaan.
2. Membentuk arca bermakna kita menghasilkan bentuk binaan tiga dimensi.
3. Arca mempunyai permukaan yang dapat dirasa serta dapat dipandang dari pelbagai sudut seperti atas, bawah, kiri dan kanan.
4. Bentuk arca berbeza jika dipandang dari pelbagai sudut yang berlainan.
5. Arca menggabungkan semua unsur seni seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna.
6. Dalam gubahan arca, seseorang itu perlu mempertimbangkan prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian.
7. Setiap arca yang dibentuk itu mempunyai maksud dan falsafahnya yang tersendiri bagi diri pelukis atau masyarakat.
8. Biasanya arca dibuat daripada bahan-bahan seperti kayu, besi, tanah liat, batu, lilin, logam, plaster of paris dan sebagainya. |
|
|
|
|