Wednesday, September 12, 2007
Pengenalan kepada arca
1. Arca ialah satu seni halus yang dihasilkan melalui pembinaan.

2. Membentuk arca bermakna kita menghasilkan bentuk binaan tiga dimensi.

3. Arca mempunyai permukaan yang dapat dirasa serta dapat dipandang dari pelbagai sudut seperti atas, bawah, kiri dan kanan.

4. Bentuk arca berbeza jika dipandang dari pelbagai sudut yang berlainan.

5. Arca menggabungkan semua unsur seni seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna.

6. Dalam gubahan arca, seseorang itu perlu mempertimbangkan prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian.

7. Setiap arca yang dibentuk itu mempunyai maksud dan falsafahnya yang tersendiri bagi diri pelukis atau masyarakat.

8. Biasanya arca dibuat daripada bahan-bahan seperti kayu, besi, tanah liat, batu, lilin, logam, plaster of paris dan sebagainya.
posted by Arca at 2:21 AM -
0 Comments:
Post a Comment
About Me
Name: Arca
Home:
About Me:
See my profile...

Previous Post
Archives
Links
Credits


Brushes by Gvalkyrie