Tuesday, September 18, 2007
Pengumuman
Harap maklum, gamabr bagi arca ini saya belum tangkapkan lagi. Saya akan memasukan dalam web ini dengan secepat yang mungkin.

Terima Kasih
posted by Arca at 3:25 PM - 0 comments
Objektif
Untuk memudahkan orang ramai melihat rekabentuk sesuatu kasut dengan membuat modelnya.
posted by Arca at 3:24 PM - 0 comments
Objektif
posted by Arca at 3:24 PM - 0 comments
Hasil akhir (Masalah yang dihadapi)
1. Susah untuk melekatkan tisu

2. Terlampau besar

3. Susah untuk membentuk dengan betul

Ini adalah masalah yang kami hadapi semasa mebuat arca tersebut.
posted by Arca at 3:22 PM - 0 comments
Sumber idea
Sumber idea ini dipetik dari rancangan Art Attack di Disney Channel (Channel 61 di Astro)
posted by Arca at 3:16 PM - 0 comments
Bahan termasuk gambar
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat arca ini ialah

Kadbod

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Kadbod ini dipanggil Old Cardboard Design)

Suratkhabar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tisu

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Gam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kasut

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Stepler

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Seletip

Gambar seletip tidak dapat dicari. Harap Maaf
posted by Arca at 2:54 PM - 0 comments
Tajuk
Kami memilih tajuk arca ini ialah kasut.
posted by Arca at 2:51 PM - 0 comments
Tema
Kami memilih tema bentuk organik kerana ianya menggunakan lebih dari dua gabungan.
posted by Arca at 2:43 PM - 0 comments
Thursday, September 13, 2007
Sejarah arca di Malaysia
1. Arca mula berkembang di Malaysia dengan memperkenalkan arca estetika moden pada sekitar tahun1960 an.

2. Pengarca tempatan yang merintis jalan dalam memperkenalkan seni arca ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jaml dan lain-lain.

3. Generasi muda yang turut melibatkan diri dalam penghasilan karya arca ialah Mat Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Wong Pei Yu dan lain-lain.

4. Sebuah Laman Asean diwujudkan untuk mengumpulkan karya arca sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan ASEAN yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur.
posted by Arca at 5:53 AM - 0 comments
Idea asal
Idea asal untuk membuat arca ini adalah dipetik dari cerita kartun tapi nama cerita kartun itu saya tak berapa ingat sebab ini idea asal kawan-kawan saya. Saya hanyalah membuat bentuk dan melakukan kerja yang menggunakan komputer sahaja. Di bawah ini adalah contoh gambar arca:


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Gambar ini saya ambil di internet. Para pleajar boleh melihat gambar ini sendiri di internet. Klik link dibawah ini untuk pergi ke laman web arca

Google Image Result (Klik disini)

dan

Saint Cerbone's Cathedral

Para pelajar boleh memberi comment tentang gambar-gambar arca.
posted by Arca at 5:30 AM - 0 comments
Wednesday, September 12, 2007
Pengenalan kepada arca
1. Arca ialah satu seni halus yang dihasilkan melalui pembinaan.

2. Membentuk arca bermakna kita menghasilkan bentuk binaan tiga dimensi.

3. Arca mempunyai permukaan yang dapat dirasa serta dapat dipandang dari pelbagai sudut seperti atas, bawah, kiri dan kanan.

4. Bentuk arca berbeza jika dipandang dari pelbagai sudut yang berlainan.

5. Arca menggabungkan semua unsur seni seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna.

6. Dalam gubahan arca, seseorang itu perlu mempertimbangkan prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian.

7. Setiap arca yang dibentuk itu mempunyai maksud dan falsafahnya yang tersendiri bagi diri pelukis atau masyarakat.

8. Biasanya arca dibuat daripada bahan-bahan seperti kayu, besi, tanah liat, batu, lilin, logam, plaster of paris dan sebagainya.
posted by Arca at 2:21 AM - 0 comments
Pengenalan kepada arca
1. Arca ialah satu karya seni halus yang dihasilkan melalui aktiviti binaan.
posted by Arca at 1:36 AM - 0 comments
About Me
Name: Arca
Home:
About Me:
See my profile...

Previous Post
Archives
Links
Credits


Brushes by Gvalkyrie